25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiga tokoh terima Ijazah Kehormat Doktor daripada UPSI

Mereka terdiri daripada Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Datuk Syed Elias Syed Ahmad

Mesti Baca

TIGA tokoh dalam bidang masing-masing menerima Ijazah Kehormat Doktor daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena Istiadat Konvokesyen Ke-22 universiti itu baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada tokoh perbankan negara, Tan Sri Azman Hashim dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan.

Manakala usahawan pertanian, Datuk Syed Elias Syed Ahmad pula dikurniakan Ijazah Kehormat Sains Pertanian.

Sementara itu Prof. Dr. Omar Abdull Kareem yang pernah berkhidmat bersama UPSI dari 2002 sehingga 2020, diberikan gelaran Profesor Emeritus berikutan ketokohannya dalam dunia akademik.

Istiadat penganugerahan itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Hadir sama, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Seramai 88 graduan doktor falsafah, 72 sarjana, 110 sarjana muda serta 75 graduan diploma menerima ijazah masing-masing bagi sesi pertama tersebut.

Advertisements
Prof Omar Abdull Kareem menerima gelaran Profesor Emeritus daripada Tuanku Zara Salim.

Untuk rekod, seramai 4,009 graduan menerima ijazah masing-masing sempena konvokesyen tahun ini yang diadakan secara fizikal di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City bermua 20 hingga 26 November ini.

Sementara itu, Md Amin berkata, daripada 4,009 graduan tahun ini, ia melibatkan sebanyak 88 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana (684), Ijazah Sarjana Muda (2,572), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (343) manakala graduan diploma seramai 322.

“Graduan pendidikan diterapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagai asas jati diri seorang guru, manakala graduan pasaran terbuka pula dilengkapkan dengan kemahiran keusahawanan, teknologi digital, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah, agar mereka berupaya mencipta peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau menasihatkan graduan agar memiliki rasa bangga dan ‘Demi UPSI’ sebagai denyut nadi yang sentiasa berdetak dalam sanubari mereka sepanjang masa selepas bergraduat.

Katanya, kejayaan yang dicapai UPSI kini, seharusnya menjadi kebanggaan kepada graduan, terutamanya ketika universiti bersejarah itu bakal menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya.

“Dengan mengambil inspirasi pengorbanan ibubapa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, terutamanya sejak COVID-19 melanda, graduan perlu mengambil ikhtibar, dan menjadikan insan-insan hebat ini sebagai suri teladan dalam hidup,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan