27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

FELCRA agih keuntungan RM3.02 juta kepada peserta di Miri

Mesti Baca

FELCRA Berhad telah mengagihkan keuntungan interim satu dan dua berjumlah RM3.02 juta kepada para pesertanya bagi daerah Miri, Sarawak bagi tahun 2021.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, mereka terdiri daripada para peserta FELCRA di Bungai Mummong, Kg. Keluru, Kg. Pejuang Kelulit, Kg. Sepupuk dan Sg. Entulang.

Beliau berkata, pada masa yang sama agensi itu telah membangunkan lebih 930 hektar tanah bermula tahun 1996, melibatkan 550 peserta dan keluarga mereka serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat di daerah itu.

“Walaupun seluruh dunia terduga dengan cabaran pandemik Covid-19, kerajaan Persekutuan komited memacu pemulihan ekonomi di seluruh negara agar rakyat dapat kembali menikmati kesejahteraan.

“Sejumlah RM10.53 bilion yang diperuntukkan kepada kementerian ini dalam Bajet 2022 pastinya akan menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera selaras Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Peserta FELCRA Berhad Kawasan Miri di Dewan Masyarakat Bekenu, Miri, Sarawak, semalam.

Hasbi Habibollah semasa majlis kesyukuran peserta FELCRA di Miri, Sarawak.

Sehubungan itu Hasbi menyeru masyarakat luar bandar agar bersyukur dengan pembangunan ke arah luar bandar sejahtera serta usaha-usaha pemulihan oleh negara demi kelestarian rakyat.

“Keprihatinan dan kesungguhan kerajaan untuk mencapai keseimbangan dalam pembangunan luar bandar dan bandar selaras dengan nilai-nilai aspirasi Keluarga Malaysia yang telah dipupuk dalam kalangan peserta FELCRA seluruh negara sejak 1966 dan sejak 1987 khususnya di Sarawak melalui Projek RASCOM,” katanya.

Baca juga:   Pemuda UMNO Sri Gading pula lapor polis terhadap Kadir Jasin
Baca juga:   Pembayaran BKC tanda kerajaan tunai janji – Mahdzir

Dalam majlis itu, Hasbi turut menyampaikan sumbangan kepada 100 murid dengan pek peralatan sekolah serta pek Prihatin Keluarga FELCRA kepada 100 orang terdiri ibu tunggal dan warga emas.

Sumbangan bernilai kira-kira RM 20,000 itu diharapkan dapat meringankan kesan pandemik kepada para penerima serta memberi mereka semangat untuk bersama memacu pembangunan kembali ekonomi negara dan masyarakat mereka khususnya.

Turut sama menyumbang dalam majlis itu adalah RISDA, yang menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada 50 orang pekebun kecil di Sarawak. – Edisi 9

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan