26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

21.4 peratus jumlah populasi tiada vaksinasi – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUS jumlah populasi keseluruhan tiada vaksinasi semakin menurun dengan 21.4 peratus direkodkan, berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.6 peratus atau 2,244 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 76.5 peratus atau 4,325 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 24,980,505 populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 29,459 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 1,475,531 dos.

Kes aktif menunjukkan tren penurunan dengan sebanyak 695 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 68,790.

Sehingga kini sebanyak 55,026 kes (80.0 peratus) kuarantin rumah; 7,792 (11.3 peratus) di PKRC; 5,431 kes (7.9 peratus) di hospital, 274 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 267 kes (0.4 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Baca juga:   Kes COVID-19 kembali melonjak, hampiri angka 4,000

Wartawan

Terkini

TUN M anggap UMNO sudah lari dari perjuangan asal

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menggangap UMNO sudah menggugurkan perjuangan asalnya dalam membela hak orang Melayu dengan menyatakan...

Lagi Artikel Berkaitan