25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

13 pegawai SPRM dibuang kerja antara 2016 hingga kini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi dan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang salah laku dan jenayah.

Memetik laporan Kosmo! buktinya, 13 orang pegawainya dikenakan tindakan buang kerja bagi tempoh antara 2016 hingga Oktober tahun ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM Datuk Ahmad Said menerusi sesi wawancara khas bersama media di sini hari ini.

Ahmad berkata, tindakan itu diambil atas pelbagai kesalahan termasuk salah laku, salah guna kuasa, kecuaian, tidak hadir bertugas dan terbabit dalam aktiviti jenayah.

Advertisements

Beliau berkata, secara keseluruhan, 63 warga SPRM disiasat sepanjang tempoh lima tahun itu dan 13 daripadanya dikenakan tindakan buang kerja manakala, selebihnya pula diberikan amaran dan denda.

“Kes yang dikesan ini membabitkan dua peringkat pegawai iaitu kumpulan pengurusan dan kumpulan pelaksana,” katanya.

Katanya, kes salah laku membabitkan warga SPRM ini masih dianggap rendah jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan 2,700 warganya di seluruh negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan