27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

300,000 murid jalani PdP bersemuka dengan lancar – Radzi

Mesti Baca

PROSES pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang membabitkan kira-kira 300,000 murid sejak 3 Oktober lalu berjalan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, sekolah-sekolah yang sudah melaksanakan PdP secara fizikal itu membabitkan negeri-negeri Fasa 2, 3 dan 4 di seluruh negara.

Bagaimanapun jelas beliau, bagi negeri-negeri di Kedah dan Johor hanya akan melaksanakan PdP secara bersemuka mulai Isnin lalu bagi mematuhi ketetapan bagi negeri-negeri dalam fasa peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Secara keseluruhan, seramai hampir 300,000 murid telah hadir bagi PdP bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah.

Advertisements

“Alhamdulillah, sehingga kini pengoperasian sekolah secara bersemuka dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Radzi sebelum itu menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi memaklumkan status pembukaan sekolah secara bersemuka mulai 3 Oktober lalu.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama serta guru-guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan.

“Semoga usaha untuk merapatkan kembali anak-anak dengan sistem persekolahan secara bersemuka ini dipermudah dan sesi dapat terus berlangsung dengan teratur dan selamat,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan