27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penolong pegawai agensi perladangan ditahan SPRM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENOLONG pegawai sebuah agensi perladangan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Memetik laporan Harian Metro, menurut sumber, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan sekitar jam 4 petang hari ini ketika hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberikan keterangan.

Difahamkan, pada tahun 2018, suspek yang ketika itu bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi sama di Klang bersubahat dengan seorang pemilik syarikat dalam mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan berkenaan, sedangkan kerja itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan