31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jumlah kenderaan menuju utara, selatan meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kenderaan menunjukkan peningkatan melibatkan semua arah menuju ke utara, selatan atau Lembah Klang selepas kerajaan membenarkan rakyat merentas negeri.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bilangan kenderaan merentas negeri di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sahaja meningkat sebanyak 14 peratus.

Menurut beliau, jumlah bilangan kenderaan melalui PLUS menuju ke arah utara adalah yang tertinggi dengan merekodkan peningkatan sebanyak 20.5 peratus.

“Kenderaan ke arah selatan pula mencatatkan peningkatan sebanyak 15.4 peratus manakala pergerakan menuju ke Lembah Klang juga meningkat 9.7 peratus.

“Bagaimanapun, kami akan terus memantau corak penyakit dan data mobiliti untuk meramalkan kemungkinan pandemik Covid-19,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Semalam, kerajaan membenarkan rakyat merentas negeri selepas kelonggaran kebenaran merentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail Sabri, peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi mencapai 90 peratus.

Dalam pada itu Khairy Jamaluddin menyarankan orang ramai untuk mengamalkan TRISS, iaitu test (ujian), report (lapor), isolate (kuarantin atau pengasingan kendiri), inform (memaklumkan) dan seek (mendapatkan rawatan segera).

Beliau mengingatkan syarikat konsesi agar dapat memastikan pengudaraan baik dan melaksanakan penjarakan fizikal di lokasi berisiko tinggi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya.

“Syarikat tersebut juga perlu bersedia untuk menerima bilangan kenderaan tinggi yang dijangka berlaku pada hujung minggu ini,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan