26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 19, 2021

Tak perlu buat ujian Covid-19 ke Langkawi mulai hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah memutuskan untuk memberhentikan keperluan menjalani ujian pengesanan COVID-19 yang sebelum ini diwajibkan ke atas pelancong ke Langkawi, Kedah berkuatkuasa hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM telah menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan COVID-19 sebelum melancong ke Langkawi.

Menurutnya, mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif semasa saringan yang sangat rendah, KKM memutuskan untuk memberhentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19.

“Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara (pelancong) ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai hari ini. Bagaimanapun sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri, para pelancong digalakkan untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan ke Langkawi bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Khairy menegaskan keputusan syarat wajib vaksinasi Covid-19 lengkap bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan mesti dipatuhi.

Menurutnya, bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan atau individu yang dikenal pasti
sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, mereka tidak dibenarkan melancong.

Baca juga:   PKP 4 negeri sambung, had pergerakan 10 km batal

“Bagi mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.

“Keluarga Malaysia mesti bertanggungjawab dalam usaha mencegah penularan jangkitan Covid-19. Kerajaan dan seluruh petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan telah lakukan yang terbaik untuk merawat dan mengawal penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara.

Baca juga:   18,766 lagi individu terima dos penggalak

Oleh itu menurutnya, setiap individu yang akan melakukan perjalanan rentas negeri
adalah disarankan untuk menjalani ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan bagi melindungi diri dan seluruh Keluarga Malaysia daripada jangkitan COVID-19.

“Pastikan langkah-langkah pencegahan Covid-19 sentiasa diamalkan.

Untuk rekod, Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi telah dilaksanakan mulai 16 September lalu.

Menurutnya, bagi memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif, kerajaan telah mewajibkan setiap pelancong menjalani ujian pengesanan Covid-19 sama ada dengan melakukan ujian pengesanan RT-PCR atau RTK-Antigen di mana-mana fasiliti dan makmal kesihatan swasta atau melakukan ujian kendiri saliva di tempat saringan di lapangan terbang ataupun terminal feri.

“Sehingga 10 Oktober lalu, seramai 54,341 pelancong telah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan hanya 216 iaitu bersamaan 0.4 peratus pelancong dikesan positif.

“Hanya seorang pelancong yang mengalami gejala semasa di Langkawi dan didapati positif Covid-19 melalui ujian RT-PCR. Siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi. Tiada kluster Covid-19 yang berpunca dari gelembung pelancongan di Langkawi.

Menurutnya, merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu mengenai kebenaran merentas negeri bagi Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksin lengkap, tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baca juga:   5,745 kes harian COVID-19; kes sembuh 8,933
Baca juga:   Pemuda pelayan restoran diliwat bergilir-gilir 8 kali

Pergerakan rentas negeri yang bermula pada 11 Oktober 2021 ini adalah termasuk perjalan pulang ke kampung dan juga pelancongan.

-EDISI9

Terkini

Kes harian, kematian, penggunaan katil tunjuk tren penurunan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pelaporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil COVID-19 di hospital, dan Unit Rawatan...

Lagi Artikel Berkaitan