29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

26 kes BID bertambah, kes aktif kurang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 26 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan, berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Angka pertambahan BID tersebut menjadikan jumlah kes berkenaan di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,556 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 103 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 27,525 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif COVID-19 terus merekodkan pengurangan dengan sebanyak 3,382 kes dilaporkan

Advertisements

Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 108, 997 kes.

Terdapat 85,383 kes (78.3 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 15,387 kes (14. 1 peratus) di PKRC; sebanyak 7,505 kes (6.9 peratus) di hospital; sebanyak 336 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 386 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara kes sembuh merekodkan pertambahan bilangan dengan sebanyak 10,555 kes dilaporkan dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,217,057 kes.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan sebanyak 7,276 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,348,596 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan