26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pemandu MPV miliki empat rekod dadah lawan arus diburu polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki disyaki melarikan diri selepas memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara lawan arus di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan, 17 September lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata suspek berusia 26 tahun itu diperlukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek yang beralamat di Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, amat dikehendaki bagi membantu siasatan kes.

Advertisements

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Inspektor L Ramesh, melalui talian 016-4935596 atau ‘hotline’ IPD Sabak Bernam 03-32245963,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan MPV terbabit dipecut secara lawan arus sejauh kira-kira dua kilometer (km) dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis.

Pemandu terbabit dapat melarikan diri, manakala penumpang berusia 27 tahun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui 19 peket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandangnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan