24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Semakin banyak PKRC ditutup di Negeri Sembilan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEREMBAN – Semakin banyak Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini akan ditutup berikutan situasi semasa wabak itu yang semakin menurun dan peningkatan jumlah populasi yang menerima vaksin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terbaru, PKRC Stadium Tertutup Nilai bakal ditutup pada hari esok berikutan kes jangkitan COVID-19 semakin berkurangan di Negeri Sembilan.

Sehubungan itu menurutnya, Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang memberikan kerjasama baik bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) serta dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Sama-samalah kita terus mematuhi SOP agar kadar jangkitan terus menurun dan akhirnya Negeri Sembilan bebas daripada COVID-19.

“Untuk makluman, Negeri Sembilan masih mempunyai PKRC awam di Hospital Tampin serta PKRC Swasta di Nilai dan Port Dickson,” katanya melalui satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Advertisements

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri menjangkakan ketiga-tiga PKRC yang masih beroperasi mampu menampung kes Covid-19 di Negeri Sembilan.

Terkini setakat data sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 169 kes harian Covid-19 direkodkan di negeri ini.

Terdahulu, dua buah lagi PKRC di Negeri Sembilan iaitu PKRC di Politeknik Port Dickson dan PKRC Kolej Kejururawatan Kuala Pilah telah ditutup sebelum ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan