32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Kes harian kembali mencecah 12,000, Sarawak kekal tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian COVID-19 kembali melepasi 12,000 selepas merekodkan jumlah yang agak melegakan iaitu sekitar 10,000 kes dua hari lalu.

Hari ini, jumlah kes baharu mencapai 12,434 kes dengan Sarawak kekal merekodkan angka tertinggi dengan 2,968 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, empat lagi negeri mencatatkan jumlah melebihi seribu kes ialah Selangor dengan 1,362 kes, Johor (1,289 kes), Kelantan (1,125 kes) dan Sabah (1,000 kes).

“Perak pula merekodkan 971 kes diikuti Pulau Pinang (863 kes), Pahang (663 kes), Kedah (652 kes), Terengganu (612 kes), Melaka (375 kes), Kuala Lumpur (284 kes) dan Negeri Sembilan (169 kes). 

“Perlis (79 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehingga kini, jumlah kumulatif kes COVID -19 mencecah 2,232,960 kes.

Baca juga:   Harap teroka kerjasama industri pertahanan dengan Turkiye - PM

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah kes sembuh melepasi kes harian dengan 17,000 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID -19 sebanyak 2,037,099 kes.

“Terdapat 979 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 565 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada jumlah kes harian semalam, 207 kes (1.7 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 12,227 kes (98.3 peratus) kategori satu dan dua,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada sembilan kluster tempat kerja dan enam kluster komuniti dilaporkan di Johor, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah. – Edisi 9

Baca juga:   KPKT arahkan 22 bazar Ramadan tutup operasi

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan