31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Titah Agong amalkan demokrasi musyawarah dijunjung

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh MOHD SYED FAZMI SAYID MOHAMMAD

MENELITI dengan tuntas setiap patah perkataan dalam titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika Perasmian Pembukaan Parlimen semalam, membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi pandangan dan sudut pandang yang seharusnya kita semua hayati.

Dalam titah tersebut, Seri Paduka Baginda dengan jelas menyebut:

“Beta menasihatkan kepada semua pihak agar mengamalkan demokrasi musyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.”

Petikan daripada titah Agong itu amat dalam maksudnya yang harus difahami oleh kita semua.

Semangat musyawarah telah terbukti berkesan dalam banyak sejarah pemerintahan Empayar Uthmaniyah.

Pada Mac 2020, Presiden Indonesia juga melancarkan Musyawarah Perencanaan Pembangunan Nasional yang melibatkan seluruh kepimpinan negara pelbagai parti dan masyarakat untuk merealisasikan pelan pembangunan Jakarta yang menjadikan kejayaan besar buat Joko Widodo.

Advertisements

Seawal perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengamalkan semangat musyawarah ini apabila menjemput kepimpinan pembangkang (Pakatan Harapan – PH) untuk bersama-sama memikirkan dan berkongsi pandangan berkaitan kaedah menangani pandemik dan usaha memulihkan ekonomi negara dan rakyat.

Musyawarah sebegini tidak berlaku dalam mana-mana kerajaan Malaysia terdahulu.

Mengajak pembangkang ke meja perundingan tidak pernah dilakukan secara rasmi sebegini.

Apa yang berlaku semalam dalam satu persefahaman antara Kerajaan dan PH, merupakan satu era politik baharu yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri untuk melibatkan seluruh ahli Parlimen dalam takbir urus kerajaan khususnya berkaitan usaha menangani pandemik dan memulihkan ekonomi rakyat seharusnya mendapat sokongan seluruh rakyat dan kepimpinan semua parti politik negara.

Peluang yang wujud ini harus digunakan sebaik mungkin oleh semua pihak termasuk pembangkang demi memastikan perancangan kerajaan mampu dilaksanakan dengan jaya dan akhirnya manfaat bakal dirasai oleh Keluarga Malaysia.

  • Datuk Mohd Syed Fazmi Sayid Mohammad adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan