24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Angka kes semakin turun, 15,669 kes hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 negara menunjukkan penurunan, dengan sebanyak 15,669 kes baharu dilaporkan.

Angka kes di Sarawak yang sebelum ini mencatatkan kes tertinggi juga, turut menunjukkan penurunan dengan hari ini mencatatkan sebanyak 1,983 kes.

Bagaimanapun, Selangor kembali mencatatkan angka kes tertinggi dengan sebanyak 2,632 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu harian tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID -19 mencecah 2,011,440 kes.

Katanya, terdapat lima negeri lagi, merekodkan kes angka empat digit iaitu Johor dengan 1,974 kes, Sabah (1,784 kes), Pulau Pinang (1,651 kes), Kelantan (1,406 kes) dan Kedah (1,207 kes).

“Selebihnya, Perak (856 kes), Pahang (763 kes), Terengganu (483 kes), Kuala Lumpur (411 kes), Melaka (329 kes) dan Negeri Sembilan (143 kes).

Advertisements

“Lain-lain Perlis (30 kes), Putrajaya (14 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya terdahulu menerusi Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, dalam masa sama, sebanyak 1,266 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 689 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 18,053 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID -19 sebanyak 1,764,579 kes.

“Daripada jumlah kes harian negara yang dilaporkan, 283 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 15,386 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 29 kluster baharu dikenal pasti lagi terdiri daripada 14 kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan