27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Erti kasih sayang ibu selepas merasai kehilangannya

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

“ANDAI kata emak masih ada lagi di dunia ini, ya Allah banyaknya kata-kata dan perasaanku yang hendak diluahkan kepadanya. Yang paling penting, aku ingin mengucapkan segunung terima kasih kepada emak kerana telah melahirkan aku ke dalam dunia ini.”

Itulah gambaran penulis novel Aku Tinggalkan Emak di Bumi Anbiya’, Mimi Zainuddin yang menggarap tentang pengalamannya sendiri yang kehilangan ibu tercinta ketika berada di Riyadh, Arab Saudi.

Sebetulnya bukan sedikit insan-insan yang kehilangan ibu atau ayah tercinta di bumi Anbiya’, terutama ketika menunaikan haji atau umrah bersama di Tanah Suci. Namun, tidak banyak yang menuangkan perasaan mereka di ketika dan saat itu ke dalam sebuah buku.

Mimi Zainuddin, penulis bebas ini berani membawa kisah perjalanan terakhir ibunya di bumi asing sehingga jenazah dikebumikan di bumi anbi’ya, suatu peluang yang amat jarang diperoleh melainkan mereka adalah insan yang terpilih.

Advertisements

Sebelum itu, penulis juga telah diberi peluang istimewa menemani ibu mentuanya dikala dia juga sedang berada di dalam sakaratul maut.

Itulah yang dituangkan oleh penulis di dalam novel ini untuk tatapan pembaca.

“Di dalam bilik hospital emak di Riyadh, aku hampiri jenazah emak yang sudah ditutup dengan kain putih. Perlahan-lahan aku buka kain penutup tubuh Almarhumah emak itu.

“Usai membaca Yaasin dan berdoa, aku tatap lagi wajah emak yang tersenyum tenang itu sepuas-puas hatiku, lalu mencium wajah itu lagi.

“Kemudian, aku keluarkan tudung bawal putih dari dalam tas tanganku…”

Tajuk Buku : AKU TINGGALKAN EMAK DI BUMI ANBIYA”
Pengarang : MIMI ZAINUDDIN
Penerbit : ROZAIMI BINTI ZAINUDDIN
Tahun Terbit : 2019
Halaman: 110 muka surat
Hubungi : 019-2190809

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan