30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Vaksin: Guru KAFA, pegawai masjid, jurunikah bakal terima arahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengeluarkan satu arahan rasmi secara bersurat kepada setiap guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai masjid dan penolong pendaftar nikah yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS akan menggunakan fungsinya yang perlu bagi memastikan setiap individu terlibat mengambil suntikan vaksin berkenaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terjamin.

Menurutnya, JAIS akan menguruskan secara bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi melaksanakan program vaksinasi khas untuk membolehkan pihak berkenaan mendapat suntikan vaksin Covid-19.

“JAIS berharap agar semua pihak terlibat hadir pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah individu yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 berkemungkinan tidak dibenarkan untuk meneruskan tugas selepas ini.

Baginda menzahirkan rasa dukacita apabila guru KAFA, pegawai masjid dan jurunikah memilih untuk tidak mahu divaksin.

Advertisements

Menurut Baginda, seramai 326 orang guru KAFA belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, manakala, 95 orang guru KAFA enggan menerima vaksin berkenaan.

“Manakala, seramai orang pegawai masjid belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dengan 11 orang lagi enggan berbuat demikian,” titah Baginda.

“Sembilan orang jurunikah pula masih belum divaksin dan enam lagi dikenalpasti enggan divaksin.

Baginda bertitah, JKNS diharapkan dapat menyegerakan proses vaksinasi Covid-19 terhadap golongan berkenaan kerana bimbang boleh memudaratkan diri sendiri, orang ramai dan pelajar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan