27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MoF jemput kongsi pandangan penyediaan Bajet 2022

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) mengalu-alukan semua pihak berkepentingan untuk memberi pandangan masing-masing ke arah penyediaan perangkaan bajet 2022 yang mampu memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara menerusi penerbitan Kertas Konsultasi Awam (KKA).

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebagai salah satu usaha menambahbaik ketelusan dan keterangkuman di dalam proses penyediaan bajet tahunan, MoF telah menerbitkan KKA sebagai pelengkap kepada Kenyataan Pra-Bajet 2022 yang diterbitkan pada 31 Ogos 2021.

Menurut beliau, sebagai langkah permulaan, empat kertas konsultasi awam akan diterbitkan untuk mendapatkan input kepada Bajet 2022, iaitu penambahbaikan dasar perolehan kerajaan berkaitan barangan, perkhidmatan tempatan dan bumiputera, yang akan menggariskan cadangan penambahbaikan ke atas dasar penggunaan barangan, perkhidmatan tempatan dan dasar keutamaan syarikat bumiputera.

“Ini antara lainnya adalah bagi melindungi dan membangunkan industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

“Selain itu, penambahbaikan program bantuan tunai, yang akan mengenalpasti masalah, keperluan dan kaedah yang berkesan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat, terutamanya dalam situasi yang mencabar akibat penularan COVID-19,”katanya.

Di samping itu katanya, menerusi kajian insentif cukai pula merangkumi kajian semula rangka kerja insentif cukai pelaburan secara menyeluruh, bagi memastikan insentif cukai kepada pelabur kekal relevan dengan lanskap semasa perniagaan.

“Ia juga bertujuan meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan penambahbaikan kedudukan fiskal negara; dan

Beliau berkata, penggubalan akta tanggungjawab fiskal (FRA) juga akan turut diberi perhatian dimana bertujuan untuk meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara.

“Ini termasuk pengurusan hasil, perbelanjaan, hutang, risiko fiskal, serta pelaporan tertentu dalam bentuk pra-bajet dan pasca bajet, unjuran kedudukan ekonomi dan rangka kerja fiskal jangka sederhana,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Tengku Zafrul berkata, MOF yakin penerbitan KKA buat kali pertama ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara.

“Soalan atau keperluan maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada [email protected].

“KKA boleh dimuat turun dan maklum balas boleh dikemukakan melalui laman web www.mof.gov.my selewat-lewatnya pada 5 petang, 15 September ini,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan