24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes baharu di Selangor turun, 19,378 kes keseluruhan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 di Selangor merekodkan penurunan sebanyak 460 kes dengan sebanyak 3,613 kes dilaporkan hari ini, berbanding semalam.

Semalam, Selangor telah merekodkan sebanyak 4,073 kes.

Begitu juga, di Sarawak yang merekodkan penurunan kes, dengan sebanyak 2,464 kes hari ini, berbanding semalam 2,992 kes.

Perkembangan positif itu, turut mendorong kepada penurunan kes baharu harian COVID-19 negara, dengan sebanyak 19,378 kes baharu dilaporkan hari ini.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sejak pandemik melanda negara tahun lepas adalah sebanyak 1,805,382 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah merekodkan jumlah sebanyak 2,404 kes diikuti, Johor (2,331 kes), Pulau Pinang (1,726 kes) dan Kedah (1,470 kes).

“Lain-lain, Perak (1,389 kes), Kelantan (1,356 kes), Kuala Lumpur (740 kes), Pahang (559 kes), Terengganu (532 kes), Melaka (399 kes) dan Negeri Sembilan (270 kes).

“Perlis pula (80 kes), Putrajaya (41 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya terdahulu pada Facebook beliau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kes kematian harian yang dilaporkan hari ini melepasi 300 dengan 330 kes, melibatkan 268 warga Malaysia dan 62 warga asing, menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 sebanyak 17,521 kes.

Advertisements

“Dalam masa sama, sebanyak 93 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) terdiri daripada 55 warga Malaysia dan 38 warga asing manakala, kesemua kes kematian terdiri daripada 189 lelaki dan 141 perempuan.

“Mengikut rekod, kes kematian harian pernah melepasi angka 300 pada 26 Ogos dengan 393 kes sekali gus tertinggi, selain 12 Ogos dengan 318 kes serta 8 Ogos sebanyak 360 kes.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga semakin berkurangan kepada 259,189 kes termasuk 1,388 kes di Unit Rawatan Rapi dan 762 kes memerlukan bantuan pernafasan serta kes sembuh mencatatkan sebanyak 22,399 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, nilai RT Malaysia secara keseluruhan bagi dua hari berturut-turut juga telah mencatatkan bacaan kurang dari 1.0 dan diharapkan ini akan terus menunjukkan penurunan.

“Ini merupakan petanda positif kerana meskipun lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka kebelakangan ini, keadaan kelihatan terkawal dan menunjukkan ia bertambah baik secara perlahan.

“Situasi COVID -19 dalam negara diharap terus berkembang baik setara dengan peningkatan kadar vaksinasi di samping pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu,” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian , sebanyak 332 kes (1.7 peratus) kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) kategori satu dan dua.

“Secara keseluruhan, 8,847 kes (45.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada sejarah vaksinasi, 4,638 kes (23.9 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 5,893 kes (30.4 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 34 kluster baharu dikenal pasti lagi terdiri daripada 20 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster pendidikan tinggi dan keagamaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan