31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ismail Kamus hembus nafas terakhir

Mesti Baca

PENDAKWAH terkenal, Datuk Ismail Kamus disahkan menghembuskan nafas terakhirnya malam ini di kediamannya di Ampang, Selangor pada pukul 12.30 tengah malam ini.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air berusia 72 tahun itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasminya.

“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

“Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala.”

Kelmarin tersebar berita tentang kematian tokoh agama tersebut dalam media sosial tetapi kemudian dinafikan oleh anaknya Mohd Firdaus.

Advertisements

Ketika itu, Ismail masih menjalani rawatan dan berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham difahamkan telah dirawak di hospital tersebut sejak 26 April lalu.

Sementara itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut berkongsi berita duka itu menerusi akaun Twitternya malam ini.

“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak. tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Dato’ Ismail Kamus ke rahmatullah.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid almarhum, semoga sabar dan reda atas ujian ini,” katanya.

Sementara itu, anak Allahyarham, Mohd Firdaus memaklumkan bahawa jenazah bapanya akan disolat di Masjid As-Sobirin, AU5 Keramat, Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Keramat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan