31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Usul ditolak, hasrat Dr Mahathir jadi PM9 gagal

Mesti Baca

HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mendapatkan semula kerusi Perdana Menteri selepas meletakkan jawatan pada 24 Februari gagal apabila usul sokongan majoriti yang cuba dibawa ke sidang Parlimen ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Usul itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerusi sepucuk surat kepada Mohamad Ariff bertarikh 4 Mei. Surat tersebut tular dalam media sosial hari ini.

Menurut surat balasan kepada Presiden Warisan itu, Mohamad Ariff berkata, usul tersebut tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan Perdana Menteri.

Advertisements

Surat balasan tersebut turut tular dalam media sosial hari ini.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukan oleh YB Datuk Seri Panglima (Mohd Shafie) serta perincian penjelasannya. Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan Perdana Menteri,” katanya menerusi surat balasan kepada Mohd Shafie bertarikh 5 Mei.

Dengan penolakan usul tersebut, hasrat Dr Mahathir untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan (PM9) tidak kesampaian dan sekali gus menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk kembali menjadi kerajaan selepas “hilang kuasa” pada Februari lalu.

Peletakan jawatan Dr Mahathir pada 24 Februari itu membawa negara ke dalam kemelut politik apabila PH pada masa yang sama kehilangan majoriti di Parlimen selepas Bersatu meninggalkan pakatan tersebut sementara 10 Ahli Parlimen PKR meninggalkan parti.

Dalam kekecohan negara kerana Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain “tarik tali” berhubung pelantikan jawatan Perdana Menteri Kelapan, akhirnya Yang di-Pertuan Agong memutuskan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen lain termasuk dari UMNO dan Pas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan