31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Berita Ustaz Ismail Kamus meninggal adalah palsu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang tular di media sosial mengenai dakwaan pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus telah meninggal dunia pagi ini adalah berita palsu.

Menurut anak beliau, Mohd Firdaus, bapanya masih menjalani rawatan dan berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

“Ada sedikit perkembangan baik daripada doktor pagi ini. Setelah habis proses dialisis, ada sedikit pengurangan toksin dalam badan (bapa).

“Menurut doktor lagi, jantung (bapa) masih lemah dan masih diberikan ubat untuk sokongan. Kami membuat keputusan untuk terus kekal di ICU selagi tidak memerlukan alat sokongan pernafasan.

“Mohon semua untuk terus berdoa untuk abah. Doktor akan sentiasa update (memaklum) perkembangan abah dari masa ke semasa,” katanya yang dipetik dalam laman Facebook https://www.facebook.com/ustazismailkamus/ .

Advertisements

Selain itu, Pengarah Ikhtiar Syifa yang juga Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh turut menafikan Ustaz Ismail Kamus sudah meninggal dunia.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook Ikhtiar Syifa HQ memaklumkan, Ismail masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Khabar angin mengatakan Ustaz Ismail Kamus meninggal adalah palsu.

“Jangan putus harapan dan teruskan berdoa kepada beliau. Pada Allah jua kita meletakkan setinggi-tinggi harapan,” katanya.

Ustaz Ismail yang sebelum ini merupakan pesakit buah pinggang, baru-baru ini dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan kesihatan yang agak lemah. – EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan