28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Pulau Pinang sumbang RM1.16b eksport produk kayu

Mesti Baca

SEBERANG JAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semalam berdialog dengan pemain industri
kayu-kayan di utara tanahair pada Sesi Dialog Bersama Industri Pekayuan dan Majlis Iftar Ramadan yang dianjurkan oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sesi berkenaan adalah yang ketiga beliau berdialog dengan pemain industri kayu-kayan selepas perjumpaan di Kuala Lumpur (3 Mei) dan Melaka (6 Mei) bersempena program Jerayawara MTC 2021 untuk memberi taklimat tentang perkembangan pasaran terkini di samping langkah dan usaha mengukuhkan lagi kedudukan industri perkayuan di persada dunia.

Industri kayu-kayan tidak terkecuali dari mendepani norma baharu ini akibat wabak COVID-19.

Justeru, beberapa program telah dibangunkan oleh MTC bagi memastikan kelangsungan industri kayu-kayan.

Salah satunya adalah Program Inkubator Reka Bentuk (DIP) yang menghubungkan pereka/ arkitek tempatan dengan syarikat berasaskan kayu dan perabot untuk menghasilkan produk kayu dan perabot bernilai tinggi buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Sehingga kini, terdapat 14 pengusaha produk kayu dan perabot yang dipadankan dengan pereka/ arkitek dan akan mempamerkan produk keluaran mereka buat julung kalinya di Pameran EFE (Export Furniture Exhibition) pada Ogos ini.

Advertisements

Selain itu, MTC juga telah mewujudkan sebuah program dikenali sebagai TimbeReality khusus untuk para pemain industri mempromosikan produk kayu-kayan mereka melalui saluran Realiti Maya atau Virtual Reality (VR).

Bagi menggalakkan syarikat perkayuan mentransformasikan perniagaan mereka sejajar dengan keperluan semasa, MTC telah menyediakan program Young Entrepreneur Society (YES).

Program ini direka untuk membantu industri di dalam perancangan peralihan pengurusan perniagaan kepada generasi muda.

Sebagai salah satu penyumbang utama kepada pendapatan nilai eksport negara, Pulau Pinang dilihat mampu untuk meningkatkan lagi prestasi prengeluaran produk kayu bernilai tinggi.

Dengan lebih 100 pengusaha berasaskan kayu-kayan, Pulau Pinang telah mencatatkan sumbangan sebanyak 5.3 peratus atau RM1.16 bilion nilai eksport pada tahun 2020.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berharap dengan sesi dialog ini, semua pihak berkepentingan dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan bagi meningkatkan lagi produktiviti dan pengeluaran dalam industri sekali gus dapat merancakkan lagi ekonomi negara pada tahun indan masa akan datang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan