26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Shahidan dilantik Pengerusi PR1MA, dapat restu PM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mulai hari ini.

Memetik laporan BH Online, pelantikan pemimpin UMNO itu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan pelantikan Shahidan itu dalam sidang media penubuhan Perbadanan Perumahan Nasional (NHC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Shahidan turut dilantik sebagai Pengerusi NHC yang baru ditubuhkan bagi menyelaraskan semua agensi pembangunan perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah entiti tunggal.

“Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta dan sudah mendapat restu daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisements

“Saya percaya beliau akan dapat menjalankan tugas dengan baik, apatah lagi pengalamannya dalam pentadbiran kerajaan, sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal dan Menteri Besar Perlis, sekali gus akan dapat memanfaatkan PR1MA dan NHC,” katanya.

Zuraida juga berharap pelantikan Shahidan itu dapat membantu memanfaatkan agensi berkenaan untuk terus menjayakan projek perumahan mampu milik di negara ini pada masa depan.

Beliau menambah, bekas Menteri Besar Perlis itu juga pernah terbabit dalam penubuhan PR1MA pada Januari 2013 ketika menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Perancangan dan penubuhan NHC adalah inisiatif yang penting untuk agenda perumahan negara.

“Ia memerlukan kepemimpinan yang berpengalaman dan berwibawa seperti Shahidan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan