26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Suami sanggup tetak leher isteri sedang hamil

Mesti Baca

Pembunuhan kedua membabitkan pasangan suami-isteri dalam tempoh seminggu

TAWAU – Seorang buruh ladang dilaporkan tergamak menetak leher isterinya yang sedang hamil sehingga mati dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kampung Tanah Merah Checkpoint, kilometer 50, Jalan Tawau-Semporna.

Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas berkata kejadian pukul 5 petang kelmarin itu, membabitkan mangsa dikenali Norhasnah Sahanin, 20-an, ditemui meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah kongsi tidak bernombor.

“Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek mengetahui mengenai hubungan sulit isterinya, namun mangsa enggan menceritakan hubungan sulit itu dengan lebih lanjut,” katanya seperti dipetik akhbar Berita Harian.

Beliau berkata suspek bagaimanapun berjaya ditahan selepas tujuh jam bersembunyi di ladang kelapa sawit iaitu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Peter berkata pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa mendapati satu kesan tetakan di belakang leher disyaki menggunakan senjata tajam selain dia juga dipercayai sedang mengandung.

“Turut dirampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang biru dan sehelai seluar panjang,” katanya.

Empat hari lalu, seorang suami menembak mati isterinya yang sedang tidur sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalam tong air dan ditanam di sebuah ladang serai di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Suaminya yang berusia 43 tahun itu membunuh isterinya yang berusia 38 tahun dipercayai bermotifkan cemburu.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan