26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Curang: Model sambilan tikam teman lelaki sampai mati

Mesti Baca

SEORANG model sambilan ditahan polis selepas dipercayai menikam teman lelaki sehingga menyebabkan kematian dalam satu kejadian di Rimbayu Pirennia, Kuala Langat, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang doktor berusia 32 tahun yang bekerja di Hospital Cyberjaya.

Beliau berkata, pengadu telah menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari sebuah klinik swasta.

“Pengadu telah memberi bantuan kecemasan pernafasan selama 30 minit namun tiada tindak balas dan denyutan nadi dari mangsa.

“Pengadu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 7.25 pagi akibat kecederaan luka tikaman di pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dengan bersenjatakan sebilah pisau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Jelasnya, seorang wanita tempatan berusia 26 tahun telah ditahan di kawasan Hospital Cyberjaya pada pukul 12.30 tengah hari bagi siasatan lanjut.

Semakan mendapati suspek merupakan bekas pelajar perubatan, bekerja sebagai model sambilan dan telah bercinta selama tiga tahun dengan mangsa yang merupakan seorang jurugambar sambilan.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan cemburu kerana mangsa telah berlaku curang,” katanya.

Suspek dibenarkan reman selama enam hari sehingga Ahad oleh Mahkamah Telok Datok, Banting dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan