26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 15, 2024

Kertas siasatan kes Zayn Rayyan: SKMM, PDRM bekerjasama

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan tangkap layar didakwa sebagai kertas siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada 6 Disember lepas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu perlu bagi mengekang sebarang spekulasi dalam kalangan masyarakat dan pihak yang melakukan perbuatan tersebut boleh diambil tindakan.

“Saya akan minta pihak MCMC berhubung dengan PDRM sekiranya ada tindakan yang perlu diambil… kita tidak tahu sama ada maklumat itu betul atau tidak…

“Sekiranya benar, perlu ada pihak memberikan penjelasan dan jika tidak benar mereka tersebut perlu diambil tindakan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Advertisements

Menurut Fahmi, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat daripada MCMC berkaitan isu itu memandangkan perkara berkenaan baru berlaku.

Fahmi turut menasihati orang ramai agar tidak mendahului mahkamah dalam menghakimi kes tersebut sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk menjalankan tanggungjawab mereka, selain tidak membuat spekulasi.

Semalam, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, iaitu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya Disember tahun lepas.

Mahkamah kemudiannya memutuskan masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan kes.

Advertisements

Terkini

PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk rancangan Felda

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM31.7 juta bagi melaksanakan projek ekonomi tambahan...

Lagi Artikel Berkaitan