Friday, June 5, 2026

Peluang uji pandu iCAUR 03, SUV elektrik ‘off-road’ pertama

Selepas diperkenalkan secara rasmi di Malaysia Autoshow 2025, model iCAUR 03 ini jelas membuktikan ia bukan sekadar SUV elektrik biasa.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

BAGI yang mengidamkan jentera elektrik bergaya lasak, inilah peluang anda. Jenama baharu EV, iCAUR Malaysia, kini tampil menggegarkan arena permotoran negara dengan model sulung mereka, iCAUR 03 – SUV elektrik pertama di Malaysia yang direka khas untuk aksi off-road.

Menariknya, orang ramai kini berpeluang memandu uji jentera ini secara off-road di 1 Utama Shopping Centre, menerusi acara eksklusif iCAUR iEXPERIENCE Off-Road Test Drive yang berlangsung dari 20 hingga 22 Jun 2025.

Born to Play – Lasak, Canggih & Elektrik Sepenuhnya

Selepas diperkenalkan secara rasmi di Malaysia Autoshow 2025, model iCAUR 03 ini jelas membuktikan ia bukan sekadar SUV elektrik biasa.

Menampilkan rekaan i-BOX yang garang dan futuristik, ia dilengkapi sistem pacuan iROAD dengan 12 mod pemanduan lasak, serta suspensi belakang H-arm multilink – kombinasi mantap untuk permukaan mencabar.

Ada dua pilihan enjin elektrik ditawarkan:

  • Varian 2WD: 135kW (184PS), jarak sehingga 426km (bateri 65.7kWh)
  • Varian iWD (pacuan semua roda): 205kW (279PS), tork 385Nm, jarak 418km (bateri 69.8kWh)

Menurut Naib Presiden iCAUR Malaysia, Emily Lek, model ini membawa pendekatan baharu dalam segmen EV tempatan.

“iCAUR 03 direka untuk mencabar sempadan. Ia bukan sahaja bergaya, tapi juga mampu menawan laluan ekstrem dengan teknologi canggih yang sebenar-benar boleh diguna. Kami buktikan bahawa EV juga boleh main lumpur dan tetap bergaya,” katanya.

Empat Halangan, Satu Pengalaman Penuh Adrenalin

Laluan khas yang dibina di 1 Utama terdiri daripada empat halangan ekstrem, semuanya direka untuk menguji kehebatan iCAUR 03:

iSee-Saw – Ramp buai uji keseimbangan dan kekuatan casis

iSlide – Daki cerun 55% dan turun semula guna kawalan tork tepat

iSplash – Laluan air sedalam 400mm tunjuk keupayaan redah air

iBreaker – Uji sistem pacuan pintar apabila tiga roda hilang cengkaman

Kesemua cabaran ini menunjukkan kemampuan sebenar sistem iWD, ketahanan chasis aluminium monokok, dan perlindungan bateri 4 lapis – pertama seumpamanya di Malaysia.

Kabinnya Canggih Luar Biasa

Bahagian dalaman cukup moden dengan skrin utama 15.6 inci, panel meter digital 9.2 inci, dan sistem infotainmen i-VA AI yang mesra pengguna. Tak lupa juga sistem bunyi 12 pembesar suara INFINITY dan kamera 540° untuk pandangan sekeliling – sesuai untuk pemanduan lasak dan bandar.

Harga & Tempahan

Model ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga (Q3) 2025, dengan harga anggaran antara RM145,000 hingga RM155,000. Tempahan awal boleh dibuat di lokasi acara dengan bayaran RM1,000 (boleh dipulangkan).

Untuk maklumat lanjut atau daftar pandu uji, layari laman rasmi iCAUR atau kunjungi terus lokasi acara di Carpark Lama, Aras Bawah 1 Utama (Old Wing) dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Nak rasa sendiri kehebatan SUV elektrik off-road sebenar? iCAUR 03 memang Born to Play. Jangan lepaskan peluang! — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan