Thursday, June 4, 2026

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

Mesti Baca

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menjadi wakil tunggal ke peringkat akhir badminton Terbuka India hari ini.

Lebih manis kemenangan straight-set yang dilakar beregu ketiga dunia itu dilakukan ke atas jaguh tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan 21-19, 21-14 dalam masa 37 minit.

Beregu profesional negara itu akan bertemu beregu Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang menyingkirkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam perlawanan sebelum ini dengan 20-21, 19-21.

Sementara itu, beregu utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang berada di ranking ketujuh dunia seolah-olah tidak bermaya ketika bertemu beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong apabila tewas straight-set 18-21, 18-21.

Inilah kali pertama Pearly-Thinaah berdepan dengan beregu yang berada di ranking ke-49 dunia itu.

Pasangan suami-isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai pula memberi tentangan sengit kepada beregu kedua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin sebelum tunduk 21-18, 19-21, 9-21 dalam masa 51 minit.

Kekalahan itu menjarakkan lagi kemenangan pasangan China itu ke atas beregu profesional negara dengan memenangi tujuh daripada lapan pertemun mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, harapan untuk menyaksikan beregu kebangsaan yang kini menduduki tangga ketiga dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara juga tidak kesampaian.

Mereka ditewaskan oleh Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-17, 21-15 dari Perancis dalam masa 42 minit. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan