26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Callum Wilson hamstring koyak, bos Newcastle sudah pening

Mesti Baca

LONDON – Newcastle menerima tamparan hebat apabila penyerangnya Callum Wilson tidak dapat beraksi selama enam ke lapan minggu akibat kecederaan hamstring.

Memetik laporan Independent, penjaring terbanyak Magpies itu terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan di gelanggang sendiri yang menyaksikan Southampton tumpas 3-2, Sabtu lalu.

Selepas pemeriksaan lanjut, bos Newcastle, Steve Bruce mengesahkan bahawa Wilson mengalami kecederaan.

“Kehilangan penyerang adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan,” katanya.

Pada mulanya, Bruce menjangka ayam tambatan Newcastle itu akan pulih hanya dalam masa dua hingga tiga minggu sahaja namun jangkaan itu meleset.

Advertisements

“Koyak pada hamstringnya agak teruk. Ia mengambil masa dan bagi seseorang yang pantas dan bertenaga seperti Callum, proses pemulihan tidak boleh diabaikan.

“Kita berharap akan dapat menangani perkara ini. Kita berharap penyerang yang lain dapat beraksi dengan baik seperti yang kita inginkan,” jelas Bruce.

Beliau kini terpaksa bergantung harapan pada Joelinton, Dwight Gayle dan Andy Carroll beraksi di barisan serangan.

Newcastle tidak membeli penyerang baharu semasa tingkap pemindahan pemain dibuka bulan lalu.

Magpies akan berentap dengan Chelsea di gelanggang lawan dalam aksi Liga Perdana petang Isnin depan.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan