25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malu kantoi berzina, wanita cekik bayi sampai mati

Mesti Baca

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Lampung bertindak kejam membunuh bayi perempuannya sendiri yang berusia 9 bulan semata-mata mahu menutup perbuatan berzina dengan kekasihnya.

Memetik laporan Coconuts Jakarta, wanita yang berumur 35 tahun dan kekasih gelapnya yang berusia 40 tahun memaksa bayi malang itu meminum ramuan herba yang kuat, Sabtu lalu.

Mereka kemudiannya mencekik mangsa sehingga mati.

Wanita yang berasal dari Teluk Betung Selatan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan sulit dengan kekasihnya sejak mangsa berumur 5 bulan.

Ketua Polis Teluk Betung Selatan, Hari Budianto berkata, kedua-dua suspek pernah merancang untuk membunuh bayi itu dan memulakan kehidupan baharu bersama.

Beliau berkata, kedua-dua suspek juga dipercayai membunuh bayi tersebut kerana mahu merahsiakan hubungan sulit mereka.

“Selepas mangsa dilahirkan, tersebar khabar angin bahawa rupa mangsa adalah seiras dengan lelaki itu,” jelasnya semalam.

Wanita dan lelaki terbabit dipercayai berniat membunuh bayi itu sejak dua bulan lalu bagi menamatkan khabar angin yang berlegar.

Namun, jika dikaji betul-betul, tidak mungkin lelaki berkenaan ialah bapa kepada bayi yang dibunuh.

Dia dikatakan mula bersama wanita itu ketika mangsa berumur 5 bulan.

Pasangan berzina yang tidak berhati perut itu seterusnya ditahan atas tuduhan membunuh bayi dan membunuh dengan niat.

Sekiranya didapati bersalah, kedua-duanya bakal berdepan hukuman mati.

Memang agak aneh kes ini kerana lelaki berkenaan tidak mempunyai kaitan langsung dengan bayi perempuan yang dilahirkan kekasihnya.

Jadi, mengapa dia menggelabah apabila orang di sekeliling mengumpat kononnya bayi itu seiras dengannya?

Tidak dapat dipastikan sama ada gosip yang disebarkan geng bawang itu ada asas kebenarannya.

Walau apapun, kelakuan sumbang mereka yang menjalinkan hubungan di luar ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang terkutuk.

Mungkin juga mereka tertekan dengan pandangan serong daripada masyarakat sekeliling sehingga menyebabkan kedua-dua suspek bertindak kejam terhadap bayi yang tidak berdosa itu.

Semoga kedua-dua suspek segera dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman yang setimpal mengikut undang-undang Indonesia sekiranya mereka didapati bersalah melakukan jenayah kejam tersebut. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan