29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Akhirnya… KWSP mansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar selepas mendapat nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya inisiatif tersebut ditambahbaik setelah mengambil kira maklum balas awam.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berikutan pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini, ia akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

”Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi. Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid -19,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu:

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Tengku Zafrul berkata, berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP.

‘’Kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan,’’ katanya.

Beliau juga turut menasihatkan, pencarum sentiasa berwaspada dengan maklumat tidak sahih yang bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli.

Pasti ramai yang gembira apabila mengetahui pengumuman oleh Tengku Zafrul tersebut.

Bagi mereka yang permohonan telah diluluskan, harap duit yang diterima dibelanjakan secara berhemat untuk perkara yang perlu sahaja. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan