27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kementerian Kewangan umum pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Berita gembira untuk pencarum-pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)!.

Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang yang rapat dengan perbincangan tersebut kepada Astro Awani.

sumber tersebut memberitahu, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk KWSP menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

Advertisements

“MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM55 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi.

Sumber turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.

Astro AWANI dimaklumkan, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan