Monday, June 15, 2026

Atlet kayak parah dirempuh pemandu mabuk, diseret 600 meter

Mesti Baca

ATLET kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, cedera parah setelah dipercayai dirempuh seorang pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), Sabtu lalu

Kejadian yang menimpa penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) itu dilaporkan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal menuju ke Southkey, Johor Bahru Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS dalam satu kenyataan memaklumkan, Siti Nurul Masyitah merupakan penuntut semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Mangsa merupakan atlet kayak negara dan Perahu Naga Malaysia yang telah memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2023 lalu.

Menurut saksi dan rakaman, sebuah kereta yang disyaki yang dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang telah melanggar mangsa dan mangsq diseret sejauh lebih kurang 600 meter.

Mangsa sekarang dirawat di Hospital Columbia Asia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.

Mangsa sering berulang-alik dari PIS ke rumah kerana menjaga ibu bapanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan