25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Tun Faisal, Mahathir dilantik AJK Bersatu Wilayah Persekutuan

Mesti Baca

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Md Rais dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri Bersatu Wilayah Persekutuan berkuat kuasa, semalam.

Tun Faisal dilantik sebagai Ketua Penerangan manakala Mahathir sebagai Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan.

Bersatu Wilayah Persekutuan berkata, lantikan baharu itu dibuat susulan pelantikan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan.

Radzi yang juga bekas Menteri Pendidikan menggantikan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman setelah Ahli Parlimen Labuan itu berpaling tadah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, November lalu.

“Mesyuarat berkenaan yang berlangsung pada Isnin telah sebulat suara bersetuju dengan lantikan jawatankuasa baharu bagi menguatkan struktur kepimpinan peringkat tertinggi Bersatu Wilayah Persekutuan,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Bersatu Wilayah Persekutuan turut mengumumkan pelantikan Mohd Badrul Ezan sebagai Timbalan Ketua dan Zamzuri Muhammad sebagai Bendahari.

“Dengan kepelbagaian latar belakang, profesion dan pengalaman, barisan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan yang baru dilantik, Bersatu Wilayah Persekutuan berazam menjadi salah satu platform politik untuk warga kota serta bersama-sama mendepani cabaran semasa pentas politik negara.

“Dasar parti Bersatu akan menjadi teras dalam setiap agenda dan gerak kerja ahli jawatankuasa baharu yang telah dilantik,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, personaliti dan kredibiliti Mohd Radzi yang mesra masyarakat dan mudah didekati mampu memberi imej serta nafas baharu kepada Bersatu serta warga kota berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai bekas Menteri Pendidikan Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan