Thursday, June 4, 2026

Video tumbuk: Polis buka kertas siasatan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian anggota polis trafik didakwa memukul penunggang motosikal ketika pemeriksaan di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dipetik Harian Metro berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh penunggang motosikal berkenaan berhubung perkara itu, semalam.

“Susulan laporan itu, kami membuka kertas siasatan dalam kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kami juga sudah mengambil keterangan penunggang motosikal serta anggota polis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Selain itu, anggota polis trafik berkenaan juga kini dipindahkan ke tugas pejabat setakat ini,” katanya, hari ini.

Anggota polis trafik itu semalam membuat laporan menafikan perkara itu selepas rakaman video kejadian berkenaan yang berdurasi 37 saat tular di media sosial.

Bagaimanapun penunggang motosikal itu, Muhammad Farhan Awang Kafli, 30, mendakwa dia dipukul sebanyak tiga kali oleh anggota polis berkenaan selepas cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di lokasi terbabit.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan