27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ebit Lew sumbang 1,000 pax KFC, 100 kerusi roda buat HSA, Hospital Permai

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bagai tidak mengenal erti lelah, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) meneruskan aktiviti kebajikannya apabila menyumbang sebanyak 100 biji kerusi roda dan 1,000 bungkusan KFC untuk kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Permai JB. 

Menerusi catatan terbaharu UEL, beliau sampai di Johor Bahru dari Pahang pada pukul 10 malam, malam tadi.

“Alhamdulillah malam tadi 10malam sampai Hospital Sultanah Aminah JB dari banjir Pahang.

“Saya hadiahkan 100 biji kerusi roda dan 1000 pax KFC untuk kakitangan bertugas di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Permai JB,” tulisnya hari ini.

Advertisements

UEL memberitahu, semasa tiba, orang ramai sudah menunggunya dan  beliau memberi kata semangat dan doa kepada mereka.

“Masa beri nasihat lihat wajah mereka sebak. Kasihan melihat kepenatan mereka. Mereka bekerja siang malam. 

“Dah setahun kerja mereka bertambah-tambah dari biasa. Pasti diberi ganjaran besar di akhirat. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan