Monday, June 15, 2026

Tidak mampu hantar anak ke MRSM? Ini jawapan Asyraf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak mahu mendengar alasan ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atas alasan tidak berkemampuan.

Ini kerana, menurut beliau, MARA mempunyai bantuan kewangan pendidikan (BUDI) untuk para pelajar MRSM yang tidak berkemampuan.

Beliau berkata, BUDI merupakan bantuan kewangan untuk menampung yuran persekolahan, pembelian pakaian sekolah harian, keperluan asrama, peralatan sekolah, bayaran tambang pergi dan balik sekolah, pengecualian wang caruman serta wang saku.

“Justeru saya tidak mahu dengar lagi alasan tidak mahu masuk MRSM kerana kosnya yang tinggi. Hakikatnya dengan ilmu sahaja dapat merubah kehidupan diri keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Berliau berkata, MRSM telah banyak merubah kehidupan individu menerusi program pendidikannya yang holistik dan seimbang.

“Ia bukan sahaja memfokuskan kecemerlangan akademik khususnya Sains, Teknologi, Matematik, bahkan penerapan nilai, akhlak dan adab dalam pembentukan sahsiah pelajar,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan