30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Belanjawan Selangor seimbang, tumpu kebajikan rakyat – Altimet

Mesti Baca

BELANJAWAN Selangor 2024 disifatkan sebagai satu belanjawan seimbang dan memberi penumpuan kepada soal kebajikan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet berkata, pelbagai inisiatif ditawarkan pastinya dapat memberi kelegaan dan manfaatnya dapat dinikmati rakyat Selangor.

“Sebagai wakil Lembah Jaya, tentunya kita berkeyakinan Selangor akan maju ke depan terutama dengan pengumuman baki hutang negeri sebanyak RM19.20 juta terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS) akan berjaya diselesaikan.

“Ia dijangka diselesaikan sepenuhnya tahun hadapan berlandaskan kebebasan kewangan cemerlang Selangor menunjukkan kemampuan pentadbiran padu berdasarkan tatakelola cemerlang Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Altimet berkata, belanjawan yang dibentangkan juga memberi penekanan kepada kepentingan peranan wanita di Selangor dan institusi kekeluargaan yang menjadi tunjang bagi negeri bertuah itu.

“Saya juga memuji pendekatan dan strategi perbelanjaan yang berkesan dan berhemah sehingga prestasi kewangan kerajaan negeri merekodkan lebihan kewangan sebanyak RM427.25 juta.

“Hasilnya, Selangor mampu menggunakan RM1.113.27 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala sebanyak 72.05 peratus atau RM864.56 juta untuk perbelanjaan pembangunan,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan