26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Doktor dijangkiti ‘crimean-congo’ meninggal dunia

Mesti Baca

KERAJAAN wilayah Balochistan di barat daya Pakistan mengeluarkan amaran pada Ahad mengenai penularan demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) selepas seorang doktor meninggal dunia, menurut kenyataan rasmi.

Ketua Menteri Balochistan, Mir Ali Mardan Domki mengarahkan jabatan kesihatan dan ternakan di wilayah itu supaya mengambil tindakan segera membendung penyakit itu yang setakat ini telah meragut 16 nyawa.

Advertisements

Lebih sedozen doktor dan kakitangan perubatan unit rawatan rapi sebuah hospital, termasuk doktor yang meninggal dunia itu, didiagnosis dengan penyakit berkenaan dengan tujuh pesakit yang kritikal dipindahkan ke hospital di Karachi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, demam CCHF ialah penyakit yang merebak disebabkan oleh virus bawaan kutu daripada keluarga Bunyaviridae dan boleh berjangkit dalam kalangan manusia melalui hubungan rapat dengan darah atau cecair badan pesakit yang dijangkiti. – Agensi

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan