25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sistem perparitan terganggu punca banjir di pusat beli-belah

Mesti Baca

SISTEM perparitan terganggu akibat kerja pembinaan dikatakan menjadi punca banjir kilat di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, hujan lebat selama tiga jam menyebabkan limpahan air memasuki ke dalam pusat beli-belah berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

“Sistem perparitan di kawasan parkir bangunan yang tidak lancar menyebabkan berlaku banjir kilat paras buku lali di lokasi terbabit.

“Kejadian itu disyaki berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di belakang pusat beli-belah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan .

Wan Azlan berkata, kejadian banjir itu tidak membabitkan sebarang kerosakan kenderaan dan semua kenderaan yang berada di tempat terjejas berjaya dialihkan.

Advertisements

“Namun begitu, terdapat limpahan air yang memasuki pekarangan pusat beli-belah itu. Banjir kemudian beransur pulih pada lewat petang.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak berada di tempat rendah ketika cuaca tidak menentu pada musim Monsun Timur Laut ketika ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan pengunjung pusat beli-belah di situ panik seketika apabila ruangan bahagian tingkat bawah bangunan terbabit dimasuki air susulan hujan lebat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.39 malam.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati air berketinggian 0.30 meter di lokasi kejadian. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan