27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Dua lelaki ditahan ugut PM, Timbalan KPN di media sosial

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, semalam.

Pengesahan itu dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki pertama yang disyaki pemilik atau pengendali Facebook Nekad Hikers Ventures berumur lingkungan 51 tahun, ditahan di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Sementara, lelaki kedua pula yang dipercayai pemilik atau pengendali akaun Facebook Jgad Zruu berumur 27 tahun, ditahan di kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang,”katanya.

Advertisements

Walaubagaimanapun katanya, kes masih di peringkat siasatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Orang ramai juga perlu menjadi pengguna media sosial yang bijak, cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara,”katanya.

Ujar beliu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan