25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Syarat baharu lesen operasi Lynas – Lih Kang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) membuat pertimbangan untuk mengemas kini syarat lesen operasi Lynas yang sedang berkuat kuasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ia meliputi kebenaran mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) sehingga tamat tempoh sah lesen, Mac 2026.

“Pertimbangan ini juga membenarkan aktiviti Cracking & Leaching (C&L) diteruskan.

“Ia tertakluk kepada syarat bahawa Lynas hendaklah memastikan kandungan radioaktif dalam residu Water Leach Purification (WLP) di bawah 1 Bq/g melalui program penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang diterajui pakar tempatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, keputusan LPTA dibuat berdasarkan dapatan kajian awal di peringkat makmal yang menunjukkan bahawa bahan radioaktif thorium boleh diekstrak keluar daripada residu WLP sehingga residu ini boleh dilepaskan daripada kawalan perundangan di bawah Akta 304.

“MOSTI yakin dengan perkembangan ini, operasi berkaitan menepati kawalan perundangan, melindungi kepentingan rakyat.

“Seterusnya negara akan mampu menarik pelaburan yang berbillion ringgit nilainya dalam industri nadir bumi tempatan bagi menyokong industri pembuatan bahan termaju berteknologi tinggi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan