32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Subsidi bersasar tanpa mekanisme tepat boleh bebankan rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN subsidi bersasar tanpa mekanisme yang tepat akan menyebabkan rakyat terus terbeban apatah lagi kos sara hidup semakin meningkat.

Ahli Perlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mekanisme ini penting untuk diperhalusi kerana subsidi telah “melekat” dalam ekonomi sebagai komponen struktural.

“Subsidi Kerajaan tidak hanya tertumpu kepada sektor dan segmen tertentu sahaja malah merentas keseluruhan sektor dan pasaran, termasuklah pasaran buruh.

“Justeru, saya ingin bertanya apakah mekanisme yang akan digunakan oleh Kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar pada tahun hadapan kerana ia tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2024,”katanya.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian dalam Ucapan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyambut baik reformasi pengurusan kewangan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk Akta Tanggungjawab Fiskal 2023.

“Namun begitu, saya bimbang penekanan yang agresif untuk mengurangkan defisit fiskal ini akan memberikan kesan kepada rakyat dan ekosistem perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan harus memastikan setiap keputusan yang dibuat mesti mendorong kepada kecekapan ekonomi, mesra peniaga dan mesra rakyat.

“Sebagai contoh, salah satu langkah kerajaan untuk mengawal defisit fiskal ialah memperkenalkan rasionalisasi subsidi untuk mengelakkan ketirisan.

“Ini sekaligus membantu kerajaan untuk mengurangkan beban peruntukkan yang terlalu besar untuk subsidi sehingga mencecah RM80 bilion setahun,”katanya.

Menurut Ismail Sabri, perancangan subsidi bersasar ini bukan perkara baharu, ia telahpun dirancang sejak pentadbiran Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Advertisements

“Malah, sewaktu PH menerajui kerajaan ini dibawah Tun Dr. Mahathir, Menteri KPDNKK pada ketika itu, Senator Saifuddin menjadi menteri KPDNKK telah mengumunkan kerajaan ingin memperkenalkan subsidi bersasar tetapi sehingga hari ini belum diperkenalkan.

“Malah, sewaktu PH menerajui kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir, Menteri KPDNKK telah mengumumkan kerajaan ingin memperkenalkan subsidi bersasar tetapi sehingga hari ini masih belum boleh diperkenalkan.

“Kerana ia memerlukan satu mekanisme yang telus dan cekap untuk memastikan tidak ada siapa pun yang tercicir dan terkesan daripada keputusan ini,”katanya.

Katanya, beliau difahamkan kerajaan telah membangunkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan digunakan Januari tahun depan.

“PADU akan menjadi pangkalan data untuk memastikan subsidi ini diberikan kepada golongan yang layak sahaja.

“Persoalannya, apakah sistem ini sudah bersedia? Apakah sistem ini telah diuji keberkesannya, kerana kita hanya mempunyai tempoh dua bulan sahaja sebelum ia dilancarkan?

“Persoalannya seterusnya siapakah yang layak diberi subsidi bersasar? Sebagai contoh, jika dilaksanakan subsidi petrol secara bersasar, bagaimana kerajaan akan menentukan ciri-ciri mereka yang layak?

“Adakah melalui jumlah pendapatan bulanan atau kapasiti enjin kenderaan? Sewaktu saya menjadi Menteri KPDNHEP, kita cadang yang kereta mempunyai enjin kapasiti 2000cc ke bawah boleh dapat subsidi, tapi akhirnya pelbagai pandangan dan cadangan daripada rakyat, banyak kereta mewah mempunyai enjin kapasiti 2000cc ke bawah.

“Sebagai contoh, orang kampung membeli kereta Volvo tapi kuasa enjinya 3000cc, jadi berdasarkan kapasiti kereta Volvo tersebut, mereka tidak boleh mendapat subsidi.

“Terdapat banyak masalah yang timbul dan akhirnya perkara ini telah ditangguhkan,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dituduh pakai ijazah palsu, calon PN dedah transkrip universiti

GARA-GARA dituduh menggunakan ijazah palsu, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut mendedahkan transkrip...

Lagi Artikel Berkaitan