25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Serangan ke atas Palestin: Malaysia tuntut gencatan senjata

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menuntut agar gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza serta mendesak rejim Zionis Israel menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga mahu urusan bantuan kemanusiaan dipermudahkan serta kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin selama ini dinoktahkan.

“Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.

Advertisements

“Jumpa malam nanti!” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk ke ‘Himpunan Malaysia Bersama Palestin’ di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam esok (hari ini) sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam (malam ini) sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan