28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya baham India 4-2

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Malaya mencipta kejutan mara ke final Pestabola Merdeka 2023 selepas mengenepikan cabaran India, 4-2 dalam aksi di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

Kapten, Dion Cools meletakkan negara di depan seawal minit ketujuh menerusi satu sepakan gunting cantik di gawang hasil daripada gerakan sepakan sudut.

India bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan hanya enam minit berselang apabila Mahesh Naorem menyempurnakan hantaran silang menerusi satu sepakan voli dari dalam kawasan penalti.

Anak buah Kim Pan Gon enggan menyerah dan kembali berada di depan, 2-1 apabila pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-19.

Advertisements

Malaysia tambah selesa sebelum menuju bilik persalinan apabila memperoleh gol ketiga hasil hantaran Arif Aiman kepada Faisal Halim yang kemudiannya disudahkan pemain sayap Selangor FC itu.

India yang berada di ranking ke-102 dunia cuba bangkit di separuh masa kedua dan usaha tersebut berhasil pada minit ke-51 apabila kapten mereka, Sunil Chhetri meledak gol kedua menerusi tolakan mudah di depan gawang.

Namun, Corbin Ong menutup peluang kebangkitan pelawat pada minit ke-61 apabila menyudahkan hantaran Faisal untuk memastikan skuad negara menang bergaya, 4-2.

Malaysia akan bertemu pasukan di ranking ke-110 dunia, Tajikistan di final Selasa ini yang mendapat bye susulan penarikan diri Palestin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan