32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Pusat pemindahan kekal dibina di sembilan negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan membina pusat pemindahan kekal (PPK) di sembilan negeri sebagai tempat kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana termasuk banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan lokasi adalah berdasarkan persetujuan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“PPK yang akan dibina sebagai perintis adalah membabitkan sembilan negeri yang sudah dikenal pasti,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) di Dewan Rakyat.

Katanya, PPK yang dicadangkan juga pada masa ini dibuat dalam kawasan sekolah yang ditimpa bencana.

“Ini kerana bagi mengoptimumkan penggunaan PPK ini di masa aman di mana boleh diguna pakai oleh pihak sekolah untuk aktiviti anak anak murid serta lain-lain aktiviti yang bersesuaian,”katanya.

Advertisements

Lokasi PPK dicadangkan itu termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Pasir Mas, Kelantan; SK Seri Medan, Batu Pahat, Johor; SK Benta, Kuala Lipis, Pahang; SK Banggol Peradong, Terengganu serta SK Perwira, Teluk Intan di Perak.

Lokasi lain, SK Machang Bubok, Pulau Pinang; SK Beradek, Kuching, Sarawak sementara di Kedah dan Sabah masih di peringkat penilaian JPBN negeri berkenaan.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini memaklumkan negara sudah berada dalam fasa Peralihan Monsun sejak 19 September dan berterusan sehingga November ini.

Susulan peralihan fasa monsun itu, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat, sekali gus boleh mengakibatkan banjir berlaku di beberapa lokasi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan