26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Mawar Rashid kongsi foto tidak bertudung

Mesti Baca

PELAKON dan usahawan, Mawar Rashid mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambar tidak lagi memakai tudung.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mawar memuat naik dua keping gambar di depan cermin sambil menayangkan rambutnya yang diikat.

Aktres berumur 28 tahun itu juga menulis kapsyen meluahkan rasa gagal dalam berhijab.

“Saya sudah cuba. Tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya.

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu juga bertindak menutup ruang komen di hantaran berkenaan.

Advertisements

Dalam pada itu, isteri kepada Raf Yaakob itu juga memuat naik sekeping foto matahari terbenam yang diambil di tepi pantai di Insta Storynya.

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia daripada segi mental. Sentiasa sayang korang,” tulisnya di Insta Story itu.

Terdahulu, Mawar terbuka hati untuk memakai tudung pada Ogos 2020 selepas mengikuti kelas agama di Kelantan.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.

Mawar juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan