26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pengerusi Bernama: Ras Adiba bukan calon pilihan PM?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini telah mengumumkan pelantikan selebriti Ras Adiba Radzi sebagai Pengerusi Bernama menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang meletak jawatan pada Ogos lepas.

Suhaimi dilantik pada April tetapi meletak jawatan sebelum tamat tempoh kontrak setahun kerana mendapat tawaran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak TV.

Suhaimi menggantikan Datuk Seri Azman Ujang yang merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama.

Antara individu yang pernah menduduki kerusi Pengerusi Bernama sebelum ini ialah Tan Sri Abdul Aziz Yeop, Tan Sri Mazlan Nordin, Prof Tan Sri A Bakar Hamid, Datuk A. Kadir Jasin, Tan Sri Dr Annuar Zaini, Azman dan Tan Sri Kalimullah Hassan.

Mereka merupakan tokoh dalam bidang media dan kewartawanan.

Bernama sebuah agensi berita nasional di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang ditubuhkan di bawah Akta Bernama pada 1967.

Menurut sumber, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan satu nama kepada Saifuddin untuk dilantik sebagai Pengerusi Bernama bagi menggantikan Suhaimi.

Advertisements

Bagaimanapun beberapa pihak yang tahu tentang nama yang dipilih Perdana Menteri terkejut apabila mendapati Saifuddin mengumumkan nama bekas pembaca berita TV3 itu.

Kata sumber itu lagi, difahamkan nama yang dipilih oleh Perdana Menteri merupakan individu yang telah lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan.

“Memang benar pelantikan Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Bernama dibuat oleh Menteri.

“Bagaimanapun amalan yang dilakukan sebelum ini ialah individu yang dilantik telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri terlebih dulu,” kata sumber tersebut.

Dengan perlantikan tersebut, bermakna seseorang telah dikorbankan bagi membolehkan Ras Adiba menduduki kerusi tertinggi dalam agensi berita berkenaan.

Ras Adiba sebelum ini telah dilantik sebagai Senator mengisi kuota yang diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di Dewan Negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan