31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mohamad Hasan sokong hasrat Muhyiddin adakan PRU-15

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja pandemik Covid-18 berakhir adalah sesuatu yang baik.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau menyokong kenyataan Muhyiddin itu memandangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat menerusi PRU.

Ia memandangkan kata beliau, majoriti tipis yang ada pada kerajaan sekarang menyebabkan ia sering dipersoalkan dan keadaan itu tidak berapa baik.

“Oleh itu, mandat baharu daripada rakyat itu penting kerana rakyat mahu lihat supaya kerajaan mesti kerajaan yang mempunyai mandat yang kuat.

“Rakyat sedar, bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tidak akan mendatangkan kebaikan, justeru hasrat yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik kerana untuk mendapat mandat daripada rakyat, bukan atas desakan mana-mana pihak,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

Pada Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu ketika menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung parti itu berkata, kerajaan berhasrat untuk mengadakan PRU-15 sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 di negara ini berakhir.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, tidak perlulah penolakan dilakukan keatas Belanjawan 2021 untuk membolehkan pilihan raya tersebut diadakan.

‘’Insya-Allah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik COVID-19 berakhir, kita adakan pilihanraya umum. Kita kembalikan mandat kepada rakyat dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,’’ kata Muhyiddin.

Mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dituntut oleh UMNO, Mohamad berkata, beliau tidak perlu mengulas perkara tersebut kerana Presiden parti itu, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi telah memberi penjelasan dan kenyataan.

Ahmad Zahid dalam kenyataan beliau meminta pemimpin dan ahli UMNO tidak mendesak Muhyiddin untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada parti itu.

Menurut Ahmad Zahid, kuasa pelantikan bagi jawatan itu, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara Perdana Menteri.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan