25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Neelofa tak ambil tahu kisah rumah tangga Nabila

Mesti Baca

SELEBRITI dan usahawan popular Noor Neelofa memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan Engku Emran yang didakwa sedang berantakan.

Neelofa berkata, sejak melahirkan anak kedua dia terlalu sibuk menguruskan anak-anak sehingga tiada masa untuk berborak atau mengambil tahu hal peribadi kakaknya itu.

“Saya tak suka nak ambil tahu, malas. Sebagai adik-beradik saya sentiasa mendoakan yang terbaik, dalam apa keadaan sekali pun, saya doakan yang terbaik untuknya.

“Tambahan pula sekarang saya terlalu sibuk menguruskan anak-anak memang tidak ambil tahu langsung. Dia pun tidak ada menghubungi saya untuk bercerita dan berkongsi masalah atau kisah rumah tangganya dengan saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran kolaborasi Disney x Naelofar, semalam.

Advertisements

Terdahulu, desas-desus dakwaan perkahwinan Nabila dan Emran di ambang perpisahan tercetus sekitar Februari lalu apabila dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Spekulasi hubungan pasangan yang bernikah pada Mac 2021 itu, baru-baru ini kembali hangat semula apabila ketiadaan kelibat Emran pada sambutan hari jadi kelima anak tirinya, Jebat Jayden.

Engku Emran sebelum ini pernah bergelar suami kepada aktres Erra Fazira serta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan